Wednesday 25 February 2015

Atok dan Opah Berpisah Tiada

Assalamualaikum guys

2 hari ni aku sibuk sangat. Alahai. Penat woo.

Tapi dalam penat tu, biasa sebelum tidur, jenis macam aku ni akan scroll down TL dulu. Layan twitter jap. And then, baru aku tidur.

Nak dijadikan cerita. Time usha-usha twit orang, jumpa satu twit member aku,

"Musim lawak "opah atuk" eh?"

So, aku pon jadi curious. Tertanya-tanya apa maksud member aku tu and then aku pon bertanya, dia jawab,

"@Farhan_Rani ada tipikal lawak baru yg guna nama opah dgn atuk bercinta."

Lepas tahu tu aku pon cari la jenis lawak apakah itu? Macam mana lawaknya? Disebabkan aku terlalu nak tahu, rasa penat aku pon boleh hilang. Haih. Ini orang pon ada. Huh!

Aku bukan jumpa satu je, rupanya banyak wok! Ni antara yang aku jumpa,




Haha. Macam-macamlah dorang ni. Daripada satu ke satu situasi mula wujud. Aku pon nak jugak! Aku variasikan lagi lawak ni,

oke ini hambar.

Ini pulak yang lebih bervariasi dan lebih advance lagi,


Aduhai. Tak pasal-pasal tidur aku tertunda.

actually, statements macam semua ni buat aku teringin lak nak tanya kisah cinta pandang pertama atok nenek aku. Macam manalah agaknya dorang mula-mula dorang kenal? Haha.

Monday 23 February 2015

Zero to Hero

Asslaamualaikum. hype hype!

Siapa time kecik-kecik dulu cita-cita dia nak jadi polis? Doktor? Cikgu? Eleyh tak ngaku. Mesti ramai ni. Dulu 3 ni la yang paling common time kita kecik-kecik dulu. Kalau tak polis, nak jadi cikgu. Tak cikgu, nak jadi doktor. Tak doktor, nak jadi polis. Ini je paling best yang kita nampak time kecik-kecik dulu kan? Hehe. 

Tapi bila dah besar sikit. Barulah nampak banyak lagi jenis pekerjaannya.

Tapi bukan ni point aku sebenarnya. Actually aku just nak cerita pasal "Zero to Hero". And for sure la, ceritanya lebih pada diri aku sebab ini cerita aku. Weweek! Haha.

Dulu time aku kecik, bila tanya pasal cita-cita aku kata aku nak jadi doktor. Tapi kadang-kadang aku kata aku nak jadi cikgu. So, sometimes bila ada yang tanya,

"Awak nak jadi apa besar nanti"

"Saya ada dua cita-cita. Saya nak jadi cikgu. Satu lagi saya nak jadi doktor. Kalau saya pandai lebih sikit, saya jadi doktor la."


Jawapan selamat. Haha.

Waktu tu kecik lagi kan. Fikiran masih tak bape nak berkembang. Masih tercari-cari identiti aku sebenarnya.

Sometimes bila periksa, dapat result rendah-rendah, aku akan terfikir,

"Eh yeke aku boleh jadi cikgu ni? Yeke aku boleh jadi doktor ni?"

Perasaan teragak-agak muncul.

Tapi aku tetap terus dengan cita-cita yang aku ada tu. dan sekarang lain pulak cita-citanya. Aku nak jadi usahawan kerepek yang berjaya pulak. Hoho. Peredaran masa menjadi faktor cita-cita aku sentiasa berubah. Tapi oke la. At least ada wawasan kan? Hehe.

So, sekarang, hari demi hari aku mula kenal siapa diri aku. Mula nampak mana lebihnya aku. So, aku terus tetapka  dalam hati. Aku jadikan cita-cita tu as goals for my future soon.

And hopefully apa yang aku harapkan tercapai la. Tapi apa-apa pon bukan senang-senang macam tu je nak capai. Mesti ada cara, mesti ada skills, mesti ada alternatif yang bagus.

And bila kita bersungguh to achieve our goals. In Sya Allah dipermudahkan. Bila niat kita betul, pasti Allah akan tolong And finally we will know what we will to be.

Hidup ini umpama Rubic Puzzle. Mulanya memang payah. Tapi, at last we'll get what we give.

Membahan Dan Dibahan

Semalam kat group whatsapp kelas, habis aku kena bahan secukup rasa dek kerana coursemates aku yang masing-masing dah masok ayo kata koo. Haih.

This is 2015 yow! Tak tahu apa itu "BAHAN" ibarat ketinggalan tren kereta api. *nukilan yang aku petik daripada sorang coursemates aku, "tertinggal tren"* kuang kuang kuang.

"BAHAN". Perkataan ni bukan lagi dah semata-mata sinonim dengan bahan masakan, tapi sekarang dah jadi perkataan utama yang sinonim dengan "MENGUTUK", "MENGANJING", "mencipan", "memberuk", oke dua yang last ni MEREPEK! Hahahahambar. Hihi.

Zaman sekarang jarang guna dah lagi perkataan mengutuk menganjing ni semua. Almost antara kita sekarang guna perkataan MEMBAHAN. Ini mungkin satu transformasi cara hidup baru ke arah bahasa yang lebih sopan. Hashtag "sopan ke?" Huhu. Eleyh. Perkataan je sopan. Tapi kadang-kadang isinya menyakitkan. Sakitnya tuh di sini!

Apa yang aku faham. "BAHAN" ni digunakan mungkin sebab bila kita nak kenakan atau nak sindir atau perli seseorang tu, kita akan jadikan dia sebagai bahan utama dalam tujuan "murni" kita tu. So, kita ni pon gunakan bahan yang sedia ada sepuas dan secukupnya sesedap hati kita. Lebih kuranglah dengan rancangan memasak chef-chef profesional kat tv tu dengan bahan masakan yang dia ada,

"oke dengan resepi yang kita ada ni, kita akan gunakan bahan yang sedia ada dengan secukup rasa."

Wuu. Yang dok bahan dah macam chef, yang kena bahan tu pulak macam bahan masakan. Tahu-tahu je yang kena bahan tu panas, kadang-kadang hangus. Haha. ha! Kena sangat la dengan keadaannya.

Tapi sebenarnya membahan ni lebih kepada bergurau. So, thats mean bukannya jenis yang mengutuk menganjing tahap menghina.

Biasa antara orang yang membahan dengan dibahan ada 3 jenis.

1. ATTACKING.
Ni sesuai dengan orang yang suka membahan. Sedap je dia sembur. Bahan dan terus bahan. Dia punya suka, 


Sometimes tak sedar orang yang dibahan tu sakit hati ke apa, dia pakai bahan je secukup rasa. Ekeleh. Bro, kalau lu jenis ni, beringat sikit, orang yang lu bahan pon ada hati.

2. DEFENSIVE.
Jenis macam ni pulak, biasa ada pada orang yang selalu kena bahan. Bila orang bahan dia diam je. Dia malas nak lawan. Maybe dalam fikiran dia, "oke fine tape. Aku oke. Aku boleh hadapi semua ni. Biarlah pe dorang nak kata. Wat lek wat peace." tapi kalau yang ni boleh buat luka tu terpendam je dalam hati la.

Deffensive = jenis redho

3. COUNTER-ATTACK.
Haa jenis ni paling aku minat. Orang bahan dia, dia bahan orang balik. Woo. Kalau yang ni jangan main-main. Sometimes orang yang membahan tu akan kena lebih teruk. Sebab apa tau, time dia kena bahan tu, dia senyap je dulu, cari point kumpul point sedap-sedap, bila kena and sampai je tempatnya. Pap pap pap! Dia balas balik, sometimes berdas-das. Pergh. Jenis canni bahaya. Sukanya lebih suka lagi daripada yang dok sedap attacking tu.

Mana tidaknya, sakit hati yang dia pendam tu dah terbalas.


Dalam tak sedar bahan membahan ni kadang-kadang buat hubungan tu lebih erat lagi. Tapi kenalah juga beringat, jangan keterlaluan sangat membahan tu. Takut-takut kalau menyakitkan, habis dah berenggang. Yang ni kita tanak la.

Membahan pon tengok orang juga. Taleh la dengan semua sedap je bahankan cara sama. Jenis hati kental hati sado boleh la tahan. Buatnya hati yang macam kapas tu. Alahai. 

Tu je la kot. Oh kadang-kadang bab-bab bahan ni kadang-kadang bawa hikmah kat orang yang kena bahan gak. Contoh cam aku kena bahan semalam, hikmahnya daripada tade idea nak update blog, lastly dapat satu idea. Hmm hmm.

Sunday 22 February 2015

Kasih Sayang

Assalamualaikum guys.

Kali ni aku nak share something, soal kasih sayang. Tadi aku keluar jap nak pergi kedai, time on the way nak pergi kedai tu. Tiba-tiba...

Tiba-tiba ada datang seekor burung murai ke tengah jalan. Waktu tu aku jauh lagi. Aku ingatkan ada something like makanan untuk dia makan kat tengah jalan. Tapi aku terkejut, burung tu cuba selamatkan kawan dia yang mati kejung kat tengah jalan. sedaya upaya burung tu nak selamatkan, nak alih kawan dia tu daripada kena langgar dengan kenderaan yang lalu lalang kat situ.



Alahai kesiannya burung tu, sayu je bila aku fikirkan balik. Jalan terlalu sibuk. Kawan yang dia cuba selamatkan terus kaku di tengah jalan.

Hmm bayangkan. Haiwan yang takde akal tu wujud kasih sayang dalam dirinya, sedangkan kita manusia? Lebih hina daripada binatang bila ada anak dibuang, dibunuh dan didera. Bila ada kawan dikhianati. Haiwan pula yang lebih bersifat kemanusiaan sekarang ini. hmm ini untuk renungan kita bersama. Mana kasih sayang kita sebagai manusia, manusia yang dibanggakan dengan title khalifah di muka bumi. Mana?

Awak Suka Kelas Apa?

Morning guys. Assalamulaikum.

Haa. Pagi-pagi dah hadap smart phone hadap laptop dah mandi ke belum? Bau siak! Hahaha. Just kidding.

Firstly, I wanna ask you something,
"Awak suka kelas apa?"

Jawapan... Account? Math? History? Bla bla bla bla... What so ever.

Tapi jawapan aku ialah, Kelas Batal! Hahaha

Just imagine, kita nak bangun mandi awal pagi dengan keadaan yang sejuk macam tu. Ya Allah, beratnya nak tinggalkan katil. Dengan rasa terpaksa, dengan tulang empat kerat yang ada, kita bangun menuju ke bilik air. Itu pon dalam bilik air still termenung. termenung apa pon tak tahu. Ini biasalah bagi mereka yang jarang mandi awal pagi. Ha! Awak ke orangnya?

So, kebiasaannya bagi yang malas nak bangun mandi awal pagi, bila siap je mandi, buka phone dapat mesej,
" Wei, kelas batal!"

Masa tu reaction yang timbul terutamanya kaum lelaki ni,

"Kelas batal weyh. Wuhuuuu"

And then paling common sekali lelaki akan sambung tidur sementara tunggu untuk next class,


Biasa keadaan kat atas ni berlaku juga pada sebilangan perempuan.

Ada jugak perempuan yang jenis bangun mandi awal, bila dah bersiap, dengan shawl nya la apa, sometimes cukuplah tudung biasa, and then dengan make up nya. Senang cerita dah siap habis lah nak pergi kelas tu. Lastly bila dapat tahu kelas cancel, they will be like,

"Heh!"

Haha. All this are common issues when student get known about the "cancel".

Tapi apa-apa pon waktu terluang tu if boleh isilah dengan perkara yang berfaedah. Such as study ke apa. At least tadelah masa tu terbuang macam tu je. Ingat. Masa itu emas.



Accounting oh Accounting


Aku student Diploma in Accounting. sekarang ni sem last. So, pelajaran makin lama pon makin susah. Well, ini la adat education. Makin tinggi kita belajar, makin susah pelajarannya. But, its okey. Bila niat kita betul, In Sya Allah dipermudahkan. Golongan veteran pernah kata, "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian."

 Tak rugi beb belajar ni, ilmu kita pon makin bertambah. And ilmu yang ada ni la jugak yang menjadi faktor utama untuk survive dengan kehidupan yang semakin berliku ni. Itu pentingnya ilmu.

Oke. Actually, aku just nak cerita je pasal subjek account. Apa yang aku rasa sepanjang aku hadap dengan account. Sebelum aku menyimpang daripada tajuk. Eloklah aku straight to the points.

Aku minat account sejak form 4 dulu, minat memang minat tapi, aduhai. Tak pernah nak score A. Susah gedabak. Haha. Adus!

Tapi its okey. Itu bukan penghalang untuk aku terus berjuang dalam bidang accounting.

Buktinya, sekarang aku still belajar lagi dalam bidang accounting. 

Wuuu mula-mula senangnya, Alhamdulillah. Lama-lama makin menjadi susahnya, Naudzubillah. Susah kot. Siapa je nak hadap kesusahan dan kekusutan hari?

Tapi tape. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ecewah.

Sem ni aku target A untuk accounting. Thats mean start from now I must do the best for this subject to score the high mark.

Hopefully target aku kali ni tercapai la. Tak merasa lagi A time diploma ni. Ayoyooo.

Accounting oh accounting, be nice to me okey?

Saturday 21 February 2015

Blue Tick for Quran

Assalamualaikum. Salam Maghrib.

Dah solat? Sudah? Alhamdulillah.

Baca Quran?

Hehe emm. Pernah tak baca statement lebih kurang macam ni bunyinya,
"Kalau Quran macam whatsapp, mesti lama nak tunggu ada Blue Tick"

Deep kan? Hmm alhamdulillah. Amalan wajib kita selalu buat. Tapi sayangnya, Quran pula kita jarang baca. Sometimes ada yang kata sibuk, banyak kerja, tak sempat. Ada yang kata, "ala. Sunat je tu". Tapi tak salahkan kalau kita amalkan. Yang sunat tu la yang bantu kita ke syurga nanti.

Buat yang selalu baca, alhamdulillah. Semoga istiqamah. Buat yang jarang baca, jomlah amalkan setiap hari.

Buatlah sikit-sikit, satu hari satu muka pon dah memadai. Buatlah secara konsisten. Amalkan selalu.

Sesungguhnya satu huruf bersamaan sepuluh balasan ganjaran daripada Allah. Bukan satu ayat bukan satu perkataan, tapi satu huruf. untung ke rugi kalau macam ni?

Quran juga boleh buat hati kita tenang. Sebab apa? Sebab daripada Quran la kita ingat kat Allah. Bila kita ingat kat Allah, automatik hati tenang. Contoh kalau kita tengah frust, stress atau apa saja perasa emosi negatif yang timbul, carilah Quran, ia membantu.

You know what, sebabkan Quran la kubur kita boleh cerah. Sebab Quran la jugak boleh bantu kita ke syurga.

Tak percaya? Jom la try amalkan hari-hari. Aku jamin sesiapa saja yang amalkan Quran dengan hati yang ikhlas, In Sya Allah peribadinya, hubungannya, tuturnya, hatinya dan setiap sudut dalam dirinya akan di sukai Allah. Amin.

So, lets Blue Tick (read) our Quran.

Wallahu 'alam.


Jealous Tapi Happy

Hype! Assalamualaikum guys.

Hari ni still cuti lagi. Aku pulak tak balik kampung sebab ada banyak hal nak settle kat U ni.

Macam biasalah rutin harian aku waktu cuti, duduk terperap je la dalam bilik. Well, indoor type kan. Siapa kata tak boring? Boring gila beb. Tapi tu la. Aku tak biasa lepak kat luar. Nak lepak pon tak tahu nak ke mana.

So, ceritanya hari ni ialah, time aku tengah terlentang atas katil boring tak tahu nak buat apa, dengan laparnya lagi, tiba-tiba ibu whatsapp,

Amboi, untunglah kau Udin. Udin ni bestie aku sejak form 2 dulu. Dia pon student UniSZA jugak. Cuti raya cina ni dia balik, kebetulan dia ada assignment final year project. Dia jadikan business ibu as reference untuk final year project la tu. Hari ni Udin datang ke rumah untuk teruskan misi research dia. Tu sebab ibu aku ajak sekali pergi makan KFC! Jealous beb.

dan..... tiba-tiba tak lama tu dapat gambar lagi,

Wuuu, makin jealous ni. Haha. But, it's okey. Even aku rasa jealous dorang pergi makan KFC sama tanpa aku, tapi aku happy.

Ye la, mana tidaknya, aku anggap Udin pon macam abang aku sendiri, macam keluarga sendiri. So, dorang happy, aku pon happy.

Oh Gadget!

Assalamualaikum guys

Tahu kan apa tu gadget? Tipula kalau kata tak tahu.

Zaman sekarang ni, tak kiralah apa usia daripada baby sampailah yang ke tua, kalau kita dok perhati betul-betul, mesti pandai guna gadget, especially "smart phone" atau melayunya, telefon pintar. Oke skema. Haha.

Maybe celoteh aku hari ni lebih kepada SMART PHONE sebab benda ni la yang paling payah aku nak lepaskan. and smart phone aku Galaxy Note 3.

Pernah beberapa bulan dulu, waktu tu aku baru departured kat airport Kuala Terengganu, tengah jalan-jalan nak pergi amik bagasi aku, nampaklah dua orang adik-beradik ni pegang tablet sorang satu. Apa ang aku perhati ni umur dorang ni antara 3 hingga 5 tahun. Walawey! aku nak merasa ada telefon bimbit, paling kurang yang cikai je pon lepas UPSR. Maju zaman sekarang ni, dengan application tersedia, sesuai digunakan apa saja peringkat umur.

Tapi yang paling penting dalam memiliki gadget seperti smart phone ni, kita kena tahu, ada pros and cons nya. boleh bawa banyak kebaikan dan dalam masa yang sama keburukan juga ada tanpa kita sedar.

ini pandangan aku tentang kelebihan yang aku faham daripada pemilikan gadget seperti smart phone.

  1. Kita boleh gunakan untuk berhubung dengan orang ramai secara percuma. Kebiasaannya dengan menggunakan social appplication as WhatsApp, Telegram, WeChat, Line, Facebook, Twitter, Instagrams and others. Macam-macam lagi la kalau kita perhati betul-betul dalam Play Store tu.
  2. Maklumat yang kita nak sampaikan lebih mudah tersebar dengan menggunakan talian yang ada, pantas! Bila kita sent je, beberapa saat lepas tu sampai dah. (ini pon kalau internet laju, kalau lembab jadi beberapa minit. Haha)
  3. Kita boleh juga jadikan smart phone ni sebagai alat hiburan kita, Misalnya kalau kita boring, dalam smart phone ada games, video, music. So, benda-benda ni la yang boleh hiburkan hidup kita.
  4. Memudahkan kerja kita. Biasanya maybe student and staf pejabat yang selalu gunakan untuk hantar document melalui e-mail and ada juga yang gunakan application lain sebenarnya untuk buat semua kerja ni.
  5. paling penting, selfie! Zaman sekarang bergambar tu dah jadi perkara paling common dah. Ke mana saja dan apa saja kita buat, keinginan untuk selfie ni conform ada. Lagi macam korang yang hot stuff ni kan, smart phone tu wajib.
untuk keburukannya pulak.
  1. Punca kita kurang bergaul dengan public, family, kawan-kawan secara live. Disebabkan dengan smart phone, ramai orang hidup di alam maya. Tak kiralah dengan siapa kita pergi, kita akan lebihkan smart phone kita. Sometimes waktu makan tu, duduk satu meja ramai-ramai pon, tak kiralah dengan sesiapa saja even orang yang kita paling rapat pon akan krik krik. Sebabnya smart phone ni la.
  2. Disebabkan maklumat itu mudah sekali tersebar, automatially, fitnah juga turut tersebar. Mana tidaknya, bila ada orang yang tak ada sifat rasa tanggungjawab buat statement bukan and then sent kat orang ramai, ada orang ramai ni pulak satu, sebar pakai sebar je, tak pastikan dulu betul ke tak maklmat tu. Betullah Nabi Muhammad s.a.w. kata, akhir zaman ni akan banyak berlaku fitnah. Smart phone la antara puncanya.
  3. Tadi aku mention pasal hiburan jugak kan? tak salah nak berhibur. Tapi kadang-kadang, dah syok sangat tu, kita lalai sampai kadang-kadang solat pon tertangguh, tertangguh satu hal, lagi teruk solat pon tertinggal. hmm ni la perkara yang patot kita takut sebenarnya.
  4. buat kita jadi malas. Yela. dah ada smart phone ni. kerjanya duduk dan pegang smart phone je la. Apa-apa hal semuanya guna smart phone. Dah leka, dah syok, kerja semua tertangguh sebab malas.
  5. Bergambar memang tak salah. Salahnya bila kita amik gambar dedah aurat upload kat laman social. Tahukan sengaja tunjukkan aurat kita pada yang bukan muhrim berdosa? Lagi teruk bila kita dah upload gambar tak tutup aurat tu, orang pulak tengok, dosa kita terus berjalan. Allahu. Naudzubillah
so, ini antara pandangan aku mengenai gadget smart phone. Tak salah nak guna, tapi kena pandai guna.

Oh gadget! Janganlah kau jadi punca aku ke neraka jahannam.

By the way, kalau korang pon nak share pandangan korang semua pasal gadget ni, just drop it in comment space.

Friday 20 February 2015

Awak! Intro Please!

assalamualaikum guys.

this is my intro yow!

i am farhan rani. korang boleh panggil aku a'an. memang ini nama panggilan manja aku sejak dari kecik dulu. ibu ayah yg bagi aku gelaran ni. tapi kalau nak panggil farhan pon tape. itu lebih elok, kan?

tanpa mohd rani dan zamrina tiadalah aku di dunia ini. doranglah yang membesarkan aku sejak kecil lagi. dorang jugak yang juga turut membesarkan adik aku, khai.

aku ni seorang yang periang, talkative, suka berkawan, suka buat lawak tapi kadang-kadang hambar hehe, sometimes sensitive but suka memendam. lagi apa ea? ini je kot.

aku ni orang selangor. duduk area banting (kuala langat). sengaja bagi tahu awal-awal, sebab kalau aku nak kahwin, if korang nak datang, korang dah tahu aku duduk mana. haha. joking. lama lagi sebenarnya.

sekarang ni aku belajar kat universiti sultan zainal abidin, kuala terengganu. aku amik bidang diploma perakaunan. it was quite hard la jugak. tapi, alang-alang celup perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

sengaja aku create blog ni. antara sebabnya, dapatlah aku berkongsi cerita, pandangan or apa saja yang aku teringin nak share ngan public. ini semua untuk puaskan hati aku jugak, sebab aku bukan jenis memendam. so, you guys semua, selamat melihat aku berceloteh sebagai keyboard warrior! huhu.

oh ya, one more thing. aku ni kadang-kadang kuat typo. so, if ada yang perkataan pelik-pelik or salah ejaan tu, faham-fahamlah ya.

lastly, aku dah intro dan korang pon dah baca. so, awak! intro please!