Saturday 21 February 2015

Oh Gadget!

Assalamualaikum guys

Tahu kan apa tu gadget? Tipula kalau kata tak tahu.

Zaman sekarang ni, tak kiralah apa usia daripada baby sampailah yang ke tua, kalau kita dok perhati betul-betul, mesti pandai guna gadget, especially "smart phone" atau melayunya, telefon pintar. Oke skema. Haha.

Maybe celoteh aku hari ni lebih kepada SMART PHONE sebab benda ni la yang paling payah aku nak lepaskan. and smart phone aku Galaxy Note 3.

Pernah beberapa bulan dulu, waktu tu aku baru departured kat airport Kuala Terengganu, tengah jalan-jalan nak pergi amik bagasi aku, nampaklah dua orang adik-beradik ni pegang tablet sorang satu. Apa ang aku perhati ni umur dorang ni antara 3 hingga 5 tahun. Walawey! aku nak merasa ada telefon bimbit, paling kurang yang cikai je pon lepas UPSR. Maju zaman sekarang ni, dengan application tersedia, sesuai digunakan apa saja peringkat umur.

Tapi yang paling penting dalam memiliki gadget seperti smart phone ni, kita kena tahu, ada pros and cons nya. boleh bawa banyak kebaikan dan dalam masa yang sama keburukan juga ada tanpa kita sedar.

ini pandangan aku tentang kelebihan yang aku faham daripada pemilikan gadget seperti smart phone.

  1. Kita boleh gunakan untuk berhubung dengan orang ramai secara percuma. Kebiasaannya dengan menggunakan social appplication as WhatsApp, Telegram, WeChat, Line, Facebook, Twitter, Instagrams and others. Macam-macam lagi la kalau kita perhati betul-betul dalam Play Store tu.
  2. Maklumat yang kita nak sampaikan lebih mudah tersebar dengan menggunakan talian yang ada, pantas! Bila kita sent je, beberapa saat lepas tu sampai dah. (ini pon kalau internet laju, kalau lembab jadi beberapa minit. Haha)
  3. Kita boleh juga jadikan smart phone ni sebagai alat hiburan kita, Misalnya kalau kita boring, dalam smart phone ada games, video, music. So, benda-benda ni la yang boleh hiburkan hidup kita.
  4. Memudahkan kerja kita. Biasanya maybe student and staf pejabat yang selalu gunakan untuk hantar document melalui e-mail and ada juga yang gunakan application lain sebenarnya untuk buat semua kerja ni.
  5. paling penting, selfie! Zaman sekarang bergambar tu dah jadi perkara paling common dah. Ke mana saja dan apa saja kita buat, keinginan untuk selfie ni conform ada. Lagi macam korang yang hot stuff ni kan, smart phone tu wajib.
untuk keburukannya pulak.
  1. Punca kita kurang bergaul dengan public, family, kawan-kawan secara live. Disebabkan dengan smart phone, ramai orang hidup di alam maya. Tak kiralah dengan siapa kita pergi, kita akan lebihkan smart phone kita. Sometimes waktu makan tu, duduk satu meja ramai-ramai pon, tak kiralah dengan sesiapa saja even orang yang kita paling rapat pon akan krik krik. Sebabnya smart phone ni la.
  2. Disebabkan maklumat itu mudah sekali tersebar, automatially, fitnah juga turut tersebar. Mana tidaknya, bila ada orang yang tak ada sifat rasa tanggungjawab buat statement bukan and then sent kat orang ramai, ada orang ramai ni pulak satu, sebar pakai sebar je, tak pastikan dulu betul ke tak maklmat tu. Betullah Nabi Muhammad s.a.w. kata, akhir zaman ni akan banyak berlaku fitnah. Smart phone la antara puncanya.
  3. Tadi aku mention pasal hiburan jugak kan? tak salah nak berhibur. Tapi kadang-kadang, dah syok sangat tu, kita lalai sampai kadang-kadang solat pon tertangguh, tertangguh satu hal, lagi teruk solat pon tertinggal. hmm ni la perkara yang patot kita takut sebenarnya.
  4. buat kita jadi malas. Yela. dah ada smart phone ni. kerjanya duduk dan pegang smart phone je la. Apa-apa hal semuanya guna smart phone. Dah leka, dah syok, kerja semua tertangguh sebab malas.
  5. Bergambar memang tak salah. Salahnya bila kita amik gambar dedah aurat upload kat laman social. Tahukan sengaja tunjukkan aurat kita pada yang bukan muhrim berdosa? Lagi teruk bila kita dah upload gambar tak tutup aurat tu, orang pulak tengok, dosa kita terus berjalan. Allahu. Naudzubillah
so, ini antara pandangan aku mengenai gadget smart phone. Tak salah nak guna, tapi kena pandai guna.

Oh gadget! Janganlah kau jadi punca aku ke neraka jahannam.

By the way, kalau korang pon nak share pandangan korang semua pasal gadget ni, just drop it in comment space.

No comments:

Post a Comment