Friday 20 February 2015

Awak! Intro Please!

assalamualaikum guys.

this is my intro yow!

i am farhan rani. korang boleh panggil aku a'an. memang ini nama panggilan manja aku sejak dari kecik dulu. ibu ayah yg bagi aku gelaran ni. tapi kalau nak panggil farhan pon tape. itu lebih elok, kan?

tanpa mohd rani dan zamrina tiadalah aku di dunia ini. doranglah yang membesarkan aku sejak kecil lagi. dorang jugak yang juga turut membesarkan adik aku, khai.

aku ni seorang yang periang, talkative, suka berkawan, suka buat lawak tapi kadang-kadang hambar hehe, sometimes sensitive but suka memendam. lagi apa ea? ini je kot.

aku ni orang selangor. duduk area banting (kuala langat). sengaja bagi tahu awal-awal, sebab kalau aku nak kahwin, if korang nak datang, korang dah tahu aku duduk mana. haha. joking. lama lagi sebenarnya.

sekarang ni aku belajar kat universiti sultan zainal abidin, kuala terengganu. aku amik bidang diploma perakaunan. it was quite hard la jugak. tapi, alang-alang celup perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

sengaja aku create blog ni. antara sebabnya, dapatlah aku berkongsi cerita, pandangan or apa saja yang aku teringin nak share ngan public. ini semua untuk puaskan hati aku jugak, sebab aku bukan jenis memendam. so, you guys semua, selamat melihat aku berceloteh sebagai keyboard warrior! huhu.

oh ya, one more thing. aku ni kadang-kadang kuat typo. so, if ada yang perkataan pelik-pelik or salah ejaan tu, faham-fahamlah ya.

lastly, aku dah intro dan korang pon dah baca. so, awak! intro please!

No comments:

Post a Comment