Monday 23 February 2015

Membahan Dan Dibahan

Semalam kat group whatsapp kelas, habis aku kena bahan secukup rasa dek kerana coursemates aku yang masing-masing dah masok ayo kata koo. Haih.

This is 2015 yow! Tak tahu apa itu "BAHAN" ibarat ketinggalan tren kereta api. *nukilan yang aku petik daripada sorang coursemates aku, "tertinggal tren"* kuang kuang kuang.

"BAHAN". Perkataan ni bukan lagi dah semata-mata sinonim dengan bahan masakan, tapi sekarang dah jadi perkataan utama yang sinonim dengan "MENGUTUK", "MENGANJING", "mencipan", "memberuk", oke dua yang last ni MEREPEK! Hahahahambar. Hihi.

Zaman sekarang jarang guna dah lagi perkataan mengutuk menganjing ni semua. Almost antara kita sekarang guna perkataan MEMBAHAN. Ini mungkin satu transformasi cara hidup baru ke arah bahasa yang lebih sopan. Hashtag "sopan ke?" Huhu. Eleyh. Perkataan je sopan. Tapi kadang-kadang isinya menyakitkan. Sakitnya tuh di sini!

Apa yang aku faham. "BAHAN" ni digunakan mungkin sebab bila kita nak kenakan atau nak sindir atau perli seseorang tu, kita akan jadikan dia sebagai bahan utama dalam tujuan "murni" kita tu. So, kita ni pon gunakan bahan yang sedia ada sepuas dan secukupnya sesedap hati kita. Lebih kuranglah dengan rancangan memasak chef-chef profesional kat tv tu dengan bahan masakan yang dia ada,

"oke dengan resepi yang kita ada ni, kita akan gunakan bahan yang sedia ada dengan secukup rasa."

Wuu. Yang dok bahan dah macam chef, yang kena bahan tu pulak macam bahan masakan. Tahu-tahu je yang kena bahan tu panas, kadang-kadang hangus. Haha. ha! Kena sangat la dengan keadaannya.

Tapi sebenarnya membahan ni lebih kepada bergurau. So, thats mean bukannya jenis yang mengutuk menganjing tahap menghina.

Biasa antara orang yang membahan dengan dibahan ada 3 jenis.

1. ATTACKING.
Ni sesuai dengan orang yang suka membahan. Sedap je dia sembur. Bahan dan terus bahan. Dia punya suka, 


Sometimes tak sedar orang yang dibahan tu sakit hati ke apa, dia pakai bahan je secukup rasa. Ekeleh. Bro, kalau lu jenis ni, beringat sikit, orang yang lu bahan pon ada hati.

2. DEFENSIVE.
Jenis macam ni pulak, biasa ada pada orang yang selalu kena bahan. Bila orang bahan dia diam je. Dia malas nak lawan. Maybe dalam fikiran dia, "oke fine tape. Aku oke. Aku boleh hadapi semua ni. Biarlah pe dorang nak kata. Wat lek wat peace." tapi kalau yang ni boleh buat luka tu terpendam je dalam hati la.

Deffensive = jenis redho

3. COUNTER-ATTACK.
Haa jenis ni paling aku minat. Orang bahan dia, dia bahan orang balik. Woo. Kalau yang ni jangan main-main. Sometimes orang yang membahan tu akan kena lebih teruk. Sebab apa tau, time dia kena bahan tu, dia senyap je dulu, cari point kumpul point sedap-sedap, bila kena and sampai je tempatnya. Pap pap pap! Dia balas balik, sometimes berdas-das. Pergh. Jenis canni bahaya. Sukanya lebih suka lagi daripada yang dok sedap attacking tu.

Mana tidaknya, sakit hati yang dia pendam tu dah terbalas.


Dalam tak sedar bahan membahan ni kadang-kadang buat hubungan tu lebih erat lagi. Tapi kenalah juga beringat, jangan keterlaluan sangat membahan tu. Takut-takut kalau menyakitkan, habis dah berenggang. Yang ni kita tanak la.

Membahan pon tengok orang juga. Taleh la dengan semua sedap je bahankan cara sama. Jenis hati kental hati sado boleh la tahan. Buatnya hati yang macam kapas tu. Alahai. 

Tu je la kot. Oh kadang-kadang bab-bab bahan ni kadang-kadang bawa hikmah kat orang yang kena bahan gak. Contoh cam aku kena bahan semalam, hikmahnya daripada tade idea nak update blog, lastly dapat satu idea. Hmm hmm.

No comments:

Post a Comment