Friday 10 April 2015

AKU NAK JADI BATMAN!

Biarkan saja orang nak cakap apa, asalkan kita tahu dengan prinsip apa yang kita amalkan.

"Apa la kau macam tu... apa la kau macam ni.. bla bla bla"

Whatever.

Kita memang tak dapat puaskan hati semua orang. Sebahagian mereka berpuas hati dan sebahagian lagi sebaliknya terhadap cara kita.

Ini perkara biasa bro.

Sebabkan ini, aku tak kisah kalau orang nak kata aku budak-budak bila aku kata,

"Aku nak jadi BATMAN!"

Dan pasti ramai yang tak faham kenapa aku macam ni dan ada yang berkata,

"Kau dah besar la. Matang la sikit.."

"Haha. Badan papan nak jadi Batman.."

Bila aku kata aku nak jadi Batman bukanlah satu imaginasi semata-mata. Ada sebabnya.

Actually, ada beberapa perkara menarik yang buat aku sendiri nak jadi macam Batman. Secara tak langsung aku boleh jadikan sebagai satu contoh (role model) dan sesuaikan keperibadian Batman itu sendiri dalam kehidupan seharian aku.

"Takkan nak jadi superhero kot?"

Eh tidak. Bukan macam tu. Mungkin tidak daripada segi superhero, tapi keperibadiannya sendiri.

1.  Identiti sebenarnya Bruce Wayne yang dikenali penduduk Gotham City sebagai usahawan yang berjaya. Aku juga sendiri punya impian untuk jadi seorang usahawan berjaya. Impian ini juga yang selama ini aku kejarkan.

"Kalau aku kaya~ Hari-hari hari raya~ Bil-bil jiran tetangga~ akan ku bayar semua~"

2. Walaupun Batman kaya dan boleh hidup senang lenang bergoyang kaki, tapi tetap juga wujud dalam dirinya semangat menegakkan keadilan dan menentang kejahatan. Jadi, In Sya Allah, seandainya rezeki aku, bila cita-cita aku sebagai usahawan berjaya tercapai, aku jadikan ini sebagai motivasi. Even, setinggi mana kedudukan aku, aku masih lagi kerdil di sisi Allah. Mungkin aku boleh sesuaikan ini dengan "amar maaruf nahi mungkar". Kalau Batman cegah kejahatan, aku pula cegah kemungkaran.

Mungkin aku boleh ubah BADman kepada BATman juga, kan? Eceh.

3. Batman antara superhero yang tak ada kuasa. Menjadi superhero dengan kebolehan dirinya sendiri. Maybe daripada pandangan kasar daripada superhero lain, Batman ni tade kuasa, lembik! Walau macam mana pun, Batman antara superhero yang terbaik. Dia buktikan  walau dia tiada kelebihan super power, tapi dia mampu jadi superhero dengan kelebihan manusia normal yang ada dalam dirinya sendiri. Macam aku pulak, mungkin aku tak pandai macam kawan-kawan yang lain. Jadi, daripada Batman, maybe boleh jadikan titik motivasi aku jadi lebih berjaya daripada orang yang pandai. Mungkin juga suatu hari aku akan kata kepada yang pandai-pandai ni,

"Just follow my command because I'm your boss."

4. As superhero yang tiada kuasa istimewa, gantinya dalam menentang kejahatan ialah dengan apa yang tersedia ada dalam kehidupannya sebagai Bruce Wayne. Antaranya intelejensi, kepakaran dalam detektif, punya ilmu pengetahuan dan teknologi, kekayaan, ketangkasan fisik dan satu lagi, intimidasi dalam memerangi kejahatan. Batman menggunakan sebaiknya apa yan dikurniakan dalam hidupnya. Macam itu juga yang sepatutnya dibuat oleh aku sendiri.

Dan mungkin korang juga.

5. Batman seorang yang humble. Bruce Wayne juga. Kalau Batman tak tunjukkan identitinya sebab tanak ada yang tahu, Bruce Wayne pula tanak bangga dengan kedudukannya sebab baginya semua sama saja.

Humble is the nice thing that me and you need to learn, dear.

And all of this facts make me "wow!" and tertarik untuk jadi macam Batman juga. Segala penjelasan ini adalah alasan aku kenapa aku kata "aku nak jadi Batman".

Eh jap, sebelum tu, mungkin ada yang akan kata,

"Apalah, ramai lagi tokoh-tokoh Islam lain, Batman juga kau jadikan role model... bla bla bla and so whatever.."

Say bubye to KOLOT.

Saturday 4 April 2015

HARAM MACAM BABI

Waktu kecil dulu, kalau ditanya apa dia makanan halal haram,

"Binatang ternakan yang kena sembelih, halal..."

"Anjing.. Babi.. Arak.. haram"

Ni je yang akan terlintas dalam fikiran kita bila ditanyakan  soalan macam ni. Waktu sekolah rendah dulu tu mungkin majoriti daripada kita hanya tahu basicnya saja. Tapi, sebenarnya skop mengenai makanan halal dan haram tu luas.

Makin hari makin banyak pelajari ilmu baru. Jadi kita pon semakin bertambah ilmunya. Soal halal haram dalam Islam, kalau dah besar masih tak dapat bezakan, hmm naudzubillah.

Sebenarnya nak share satu cerita.

Aku ada jual dadih. Ada sekali aku letak dadih tu kat tangga asrama supaya orang yang lalu lalang kat situ tertarik and then dia nak beli. (Ini juga yang dilakukan sama macam students lain yang berniaga)

Alhamdulillah. Awal-awal letak tu, masyuk. But, semakin gelap malam, semakin gelap pulak hati sebilangan manusia ni.

Sedih.

Malam tu 3 botol dadih yang aku jual hilang. Mungkin silapnya kat diri aku juga sebab masih nak letakkan barang niaga kat tangga asrama even dah tahu risikonya.

Kesalnya kat sini, kawasan asrama universiti aku, semua Islam, besar pon dah, baligh apatah lagi. Perlukan tarbiyah tentang halal haram makanan lagi mungkin.

"Sebilangan dorang masih tak tahu halal haram!"

Geram memang geram, waktu tu rasa kalau jumpa rasa nak "sembur" je. Tapi aku cuba postif. But, at the end, when I knew they were really took and not pay my goods,

"Dorang ni tak tahu ke makan hak orang tanpa izin (bayar) sama macam makan babi.!" (Haram hukumnya)

Gangs, hopefully kita bukan golongan orang-orang yang macam ni. Biarlah sikit mana, biarlah tak sedap mana makanan minuman tu, tapi make it sure from sumber yang halal.

Bayangkan, darah yang mengalir dalam badan kita daripada sumber yang haram. Macam mana nak terima redha Allah nanti? Naudzubillah.

Kita bukan lagi budak-budak, buat itu ini tiada dosa pahala, if tak tahu bertanya dan belajar. Itu yang sepatutnya.

Ustaz aku ada kata,

"Orang yang mencuri ni bukan umat Nabi Muhammad SAW, sebab kalau dia mengaku umat baginda, dia tak wat semua ni" (deep)

Thursday 2 April 2015

HANG INGAT HANG SAJA SORANG BETOI?

Cakap pakai lepas tu biar berasas.

Haih.

Makin hari makin senang nak jumpa orang macam ni, "cakap ikut sedap mulut"

Dan aku selalu jumpa, dalam ruangan komen mana-mana pages di FB.

Zaman sekarang, ramai orang bercakap tanpa fakta yang kukuh. Cakap main lepas je. Bila ada yang bangkang, masing-masing nak pertahankan kebenaran yang dorang ada (even sebenarnya pun dorang tak pasti betul-betul benar).

Kalau dah masing-masing nak betul, siapa yang salah? Hanya fikir diri sendiri je yang betul dan nampak salah orang je.

Ada pula yang jenis mudah sangat percaya kata-kata orang. Macam lalang. Ikut sahaja apa orang kata.

Tak sedar ke bila kita terus macam ni akan jadi fitnah? Jadi pergaduhan? And in the end, perpecahan antara kita berlaku.

Paling sedih bila perkara ni berlaku sesama saudara seislam sendiri. Hanya kerana menegakkan benang yang basah. Bincang elok-elok boleh kan?


"Haha. Apa pasai itu orang suka gaduh sama sendili?"

"Haha. Iya la. Memang haa. Saya juga ada perasan, mereka itu selalu banya gaduh."

*mereka tepuk tangan*

Malulah dengan bangsa-bangsa lain.

P/s : biar aku perbaiki diri dan sesama bangsa aku dulu. Sebab tu dialog kat atas bukan aku buat daripada agama dan bangsa aku sendiri.

Tak pernah ke terfikir?

Tak pernah ke rasa nak berdamai, bincang baik-baik sesama kita?

Tahu-tahu nak melenting je? Pasaipa?

Dan.. pernah tak fikir, "apa yang aku cuba tegakkan ni betul ke tak sebenarnya sampai nak menidakkan kata-kata orang?"

Sedarlah, setiap apa yang kita katakan, setiap apa yang kita sampaikan, if salah, boleh jadi fitnah.

Pernah tak sedar?

Betullah Nabi Muhammad SAW kata, di akhir zaman nanti semakin banyak fitnah tersebar.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Biar berdiam, otak berisi. Jangan banyak cakap, otak kosong!