Thursday 2 April 2015

HANG INGAT HANG SAJA SORANG BETOI?

Cakap pakai lepas tu biar berasas.

Haih.

Makin hari makin senang nak jumpa orang macam ni, "cakap ikut sedap mulut"

Dan aku selalu jumpa, dalam ruangan komen mana-mana pages di FB.

Zaman sekarang, ramai orang bercakap tanpa fakta yang kukuh. Cakap main lepas je. Bila ada yang bangkang, masing-masing nak pertahankan kebenaran yang dorang ada (even sebenarnya pun dorang tak pasti betul-betul benar).

Kalau dah masing-masing nak betul, siapa yang salah? Hanya fikir diri sendiri je yang betul dan nampak salah orang je.

Ada pula yang jenis mudah sangat percaya kata-kata orang. Macam lalang. Ikut sahaja apa orang kata.

Tak sedar ke bila kita terus macam ni akan jadi fitnah? Jadi pergaduhan? And in the end, perpecahan antara kita berlaku.

Paling sedih bila perkara ni berlaku sesama saudara seislam sendiri. Hanya kerana menegakkan benang yang basah. Bincang elok-elok boleh kan?


"Haha. Apa pasai itu orang suka gaduh sama sendili?"

"Haha. Iya la. Memang haa. Saya juga ada perasan, mereka itu selalu banya gaduh."

*mereka tepuk tangan*

Malulah dengan bangsa-bangsa lain.

P/s : biar aku perbaiki diri dan sesama bangsa aku dulu. Sebab tu dialog kat atas bukan aku buat daripada agama dan bangsa aku sendiri.

Tak pernah ke terfikir?

Tak pernah ke rasa nak berdamai, bincang baik-baik sesama kita?

Tahu-tahu nak melenting je? Pasaipa?

Dan.. pernah tak fikir, "apa yang aku cuba tegakkan ni betul ke tak sebenarnya sampai nak menidakkan kata-kata orang?"

Sedarlah, setiap apa yang kita katakan, setiap apa yang kita sampaikan, if salah, boleh jadi fitnah.

Pernah tak sedar?

Betullah Nabi Muhammad SAW kata, di akhir zaman nanti semakin banyak fitnah tersebar.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Biar berdiam, otak berisi. Jangan banyak cakap, otak kosong!

No comments:

Post a Comment