Saturday 28 March 2015

Si Kakak Kelisa Biru

Aku pernah pegang tanggungjawab sebagai salah seorang Majlis Tertinggi untuk program AF 2015. 

*Maaf ya bukan nak riak.

Program ini banyak beri kesan positif pada diri aku. Puncanya tak lain dan tak bukan banyak perkara baru yang aku belajar daripada program ni. 

Nampak cliche kan? Tapi itulah realitinya.

"Maaf, tolong fokus pada tajuk." (konon-konon hati bersuara)

Hehe oke-oke. Sebenarnya point aku kali ni nak cerita tentang seorang akak yang aku baru je kenal. aku kenal pon melalui program ni.

"Tiada program ni, tiadalah akak dalam cerita saya" (hati aku bersuara lagi)

Si Kakak Kelisa Biru. Siapa ya?

Mula sekali aku kenal waktu jaga kaunter jualan tiket.

Pendiam orngnya. Ini first perception. Dah kenal, rasa menyesal pulak anggap dia macam tu. Cis!

*Actually, dia friendly.

Sepanjang jalankan tugas dalam AF 2015, aku nampak sesuatu yang menrik tentang dia.

Apa yang menarik?

Dia student, dia juga peniaga,

Even dia student (Bachelor in Accounting last year student), dia ada satu semangat darah keusahawan yang buat aku sendiri tertarik. Memang nampak semangatnya dalam berniaga. Walau apa pun, dia masih kekalkan komitmentnya as student.

“Sekarang saya berada di tahun akhir bagi Ijazah Perakaunan, jadi peluang yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk mempelajari asas perniagaan, sekali gus turut menjadi latihan terbaik untuk diri. Justeru, saya berharap pengalaman sedikit yang diperoleh ini mampu menjadi sandaran buat saya untuk bergelar usahawan sebenar sebaik tamat pengajian di sini (Unisza) nanti,” Hasil wawancara antara Si Kakak Kelisa Biru dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Jadi, apa yang datang daripada diri Si Kakak Kelisa Biru ni telah suntik semangat aku, semangat dalam perniagaan. Secara tak langsung aku menjadikannya antara contoh dalam diri aku sebagai motivasi ke arah yang lebih berjaya. Paling penting sekali, motivasi untuk aku terus kejar cita-cita sebagai seorang usahawan berjaya.

"i will get what i want. It doesnt matter how long it will takes. I will work for it. Until i get it."

Prinsip Si Kakak Kelisa Biru



AF 2015 stand for Accounting Festival 2015

Wednesday 25 March 2015

Aku Suka Model


Aku bukan seorang yang baik. Terkadang silap juga tingkahnya. Tetapi, ini suara hati ku,

"Alangkah indahnya hidup bila dikejar sang hawa yang solehah malah segak berfesyen. Lagi indah bila dia seorang model...

...Model agama dalam berpakaian menjadi contoh buat muslimah lain.
1. Bertudung labuh menutup dada.
2. Ber'handsock' menutup lengan
3. Berstokin tebal menutup kaki
4. Berpakai labuh menjauh nafsu

Indah bukan. Lebih indah lagi jika orang-orang yang aku sayang semuanya berfesyen begini."

Lagi bagus sekiranya ikhlas kerana Allah dan konsisten dengan fashion ini. Baru sayang lebih. 


Friday 20 March 2015

Bergurau

Sometimes blogging;

Tak perlu nak karang ayat panjang-panjang

Tak perlu nak letak cerita best sangat

Tak perlu nak ayat havoc sangat

Macam ni pon dah cukup.

Asalkan update post dalam blog, itu sudah dipanggil blogging. Muehehe.

Sorry buang masa awak. Saya saja nak bergurau. Paling penting sekali, terima kasih sebab luang masa layan blog saya. Moga hidup kita sama-sama diberkati Allah. Amin.

Nak Dengki dengan Nyamuk

Antara perkara yang aku rasa geram, annoying, rasa macam,

"Grrrrrr....!!!"

bila nyamuk datang terbang sekililing kawasan kepala aku dengan bunyinya tersendiri,

"Nggggeeeeeeeee............."

Menyakitkan hati. Huh!

So, secara tak langsung dan tak berfikir panjangnya terdetik dalam hati,

"Nak isap darah aku, isap je la. Tayah nak wat bising."

dan aku pelik, kenapa aku rela amik risiko kena denggi waktu tu? heh!

Baru je beberapa hari lepas, aku dapat fakta pasal perkara ni dan baru aku tahu apa puncanya nyamuk ni buat "latihan percubaan penerbangan" kat kawasan kepala aku.

Rupa-rupanya,

Fakta daripada Rick Pollack, ahli serangga daripada Amerika bagi tahu sebab kenapa nyamuk suka terbang di kawasan rambut manusia:

Beginnnii jalaan cheritannyyiaa!
(*nada watak Bomoh dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah)

Sebenarnya nyamuk tu tertarik dengan gas Karbondioksida yang kita hasilkan. Biasanya nyamuk betina punya kerja wat benda pelik ni.

Peliknya, aku dapat tahu, nyamuk ni tadak pasang niat pon  nak sedut darah kita. Lagi-lagi bila ada nyamuk jantan yang ikut, tu semata-mata nyamuk-nyamuk tu nak cari port "kawen" kat kawasan kepala kita.

So, kalau-kalau ada nampak nyamuk berkerumun atas kepala orang tu, hmm faham-faham je la. Awak semua dah besar.

Tapikan.

Kurang ajar kau nyamuk! Rupanya selama ni kau nak jadikan kepala aku sarang maksiat!

Jadi aku dengki.

Semenjak tu, bila ada nyamuk terbang sekeliling kepala aku. Aku cuba tahan nafas. Sampailah nyamuk tu pergi. Tak bernafas langsung! Tanak keluarkan karbondioksida. Biar nyamuk-nyamuk tu hampa. So, cara yang lebih baik lagi aku nak dengki. Aku amik baldi, aku tadah air, then aku rendam kepala aku dalam air. Lama gak la. haha! Nyamuk tu tak dapat "kawen".

Oke, yang ni aku tipu. Hang caya, hang bendul.

Siapa-siapa tak tahu macam mana nyamuk ni ha dia. Tapi jap, kenapa nyamuk ni macam pakai.... hmmm. Mungkin nyamuk baik. Elak virus denggi. Nak jaga status elak daripada dianggap salah satu punca kematian (sangka baik). Oit! Jangan fikir bukan-bukan then nak salahkan aku ea.
Sumber Gambar : Mr Google



P/s: Selain kepala kita, antara port lainnya kawasan pokok yang juga wujud Karbondioksda disekelilingnya.

Tuesday 17 March 2015

Voucher Buku Kembali!



Voucher buku dah kembali!

Niat tahun ni nak manfaatkan Voucher bernilai RM250 ni. Macam tahun lepas. Memang terbuang macam tu je. Tak dimanfaatkan langsung. Hmmm.

Betul kata kawan aku, daripada aku membazirkan voucher tahun lepas, lebih baik aku beli Quran. Wakaf kat masjid atau surau. Ada juga manfaatnya. Hmm tapi dah terlewat. Voucher pon dah tak bernilai.

Tapi, tahun ni. Aku cuba manfaatkan sehabis baik. Ya, aku memang bukan jenis suka membaca. Buku yang nipis sedia ada pon tak terbaca. Tapi aku cuba untuk latih minat membaca aku ni.

Dalam masa sama, buku yang aku beli ni aku cuba jadikan penanda aras atau anjakan paradigma untuk diri aku lebih kehadapan, matured and berwawasan.
Mudah-mudah aku dapat manfaatkan sebaik-baiknya kali ini.

Aku juga mengharapkan dengan buku yang aku beli ni dapat buang tabiat buruk aku yang suka sangat buang masa dengan gadget. If boleh aku nak latih diri aku minat baca dalam masa sama dapat kembangkan lagi pemikiran yang lebih terbuka.

Peringkat awal, sebelum aku beli, ada beberapa kriteria wajib untuk aku pilih. Ini semua yang dapat tarik minat aku baca.

1. Tengok dulu isi dalamnya, banyak figure and gambar.
2. Nipis. Haha. Aku fobia dengan buku tebal-tebal ni. So, bagi la tajuk menarik macam mana sekali pon. Aku memang tak hadap. Nampak je buku tebal ni cukup dah bagi tekanan dekat aku doh.

Sekarang ni ada lagi balance RM150. Maybe aku boleh simpan untuk adik aku. Dan kalau ada lebih. In sya allah. Cuba lagi untuk manfaatkannya lagi sebelum voucher ni expired.

Oke. Tak tahu nape malam ni aku excited dengan buku. Jangan tak baca nanti sudahlah. Hehe. Sekian. Wasalam.

Hangat Tahi Ayam

Typical kalangan kita, bila nak mulakan sesuatu mesti bersemangat. Punyalah semangat nak mulakan something yang kita hajatkan, huha sana huha sini. Last-last, just angan-angan tahi ayam je.

Ini biasa.

Contoh pon tayah cari jauh-jauh sangat. Ni haa. Aku ni haa pon korang boleh nampak.

The first thing that came to my mind bila aku nak jadi blogger,

"Aku nak jadi blogger yang konsisten, maca Ben Ashari. Hoho. Hari-hari nak letak cerita best. Siyes beb, kalau ramai viewer kita boleh sediakan ruang iklan, dari situ kita dapat income. Kaya beb!"

The first week, nice. Berderet. Hari-hari update new story. Sampai ke minggu depannya. Sibuk dengan program 9 hari termasuklah kuiz sekali. Blog aku pon, "krik krik krik krik". Sunyi je. Senyap je. Kalau 'laman sesawang' ni ada tuannya (labah-labah), memang betul-betul bersawang. lahaai. Lahaai.

So, the conclusion is kita boleh je nak berangan, tapi buktikanlah dengan tindakan. Bukan sekadar berkata-kata mengahangatkan suasana je. Hangatkan lagi dengan cara kita nak buktikan.

"Nak seribu daya, tanak seribu dalih."

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya."