Saturday 4 April 2015

HARAM MACAM BABI

Waktu kecil dulu, kalau ditanya apa dia makanan halal haram,

"Binatang ternakan yang kena sembelih, halal..."

"Anjing.. Babi.. Arak.. haram"

Ni je yang akan terlintas dalam fikiran kita bila ditanyakan  soalan macam ni. Waktu sekolah rendah dulu tu mungkin majoriti daripada kita hanya tahu basicnya saja. Tapi, sebenarnya skop mengenai makanan halal dan haram tu luas.

Makin hari makin banyak pelajari ilmu baru. Jadi kita pon semakin bertambah ilmunya. Soal halal haram dalam Islam, kalau dah besar masih tak dapat bezakan, hmm naudzubillah.

Sebenarnya nak share satu cerita.

Aku ada jual dadih. Ada sekali aku letak dadih tu kat tangga asrama supaya orang yang lalu lalang kat situ tertarik and then dia nak beli. (Ini juga yang dilakukan sama macam students lain yang berniaga)

Alhamdulillah. Awal-awal letak tu, masyuk. But, semakin gelap malam, semakin gelap pulak hati sebilangan manusia ni.

Sedih.

Malam tu 3 botol dadih yang aku jual hilang. Mungkin silapnya kat diri aku juga sebab masih nak letakkan barang niaga kat tangga asrama even dah tahu risikonya.

Kesalnya kat sini, kawasan asrama universiti aku, semua Islam, besar pon dah, baligh apatah lagi. Perlukan tarbiyah tentang halal haram makanan lagi mungkin.

"Sebilangan dorang masih tak tahu halal haram!"

Geram memang geram, waktu tu rasa kalau jumpa rasa nak "sembur" je. Tapi aku cuba postif. But, at the end, when I knew they were really took and not pay my goods,

"Dorang ni tak tahu ke makan hak orang tanpa izin (bayar) sama macam makan babi.!" (Haram hukumnya)

Gangs, hopefully kita bukan golongan orang-orang yang macam ni. Biarlah sikit mana, biarlah tak sedap mana makanan minuman tu, tapi make it sure from sumber yang halal.

Bayangkan, darah yang mengalir dalam badan kita daripada sumber yang haram. Macam mana nak terima redha Allah nanti? Naudzubillah.

Kita bukan lagi budak-budak, buat itu ini tiada dosa pahala, if tak tahu bertanya dan belajar. Itu yang sepatutnya.

Ustaz aku ada kata,

"Orang yang mencuri ni bukan umat Nabi Muhammad SAW, sebab kalau dia mengaku umat baginda, dia tak wat semua ni" (deep)

No comments:

Post a Comment