Tuesday, 5 January 2016
Nilai Sejagat
Pernah tak kita terfikir lelahnya mereka dalam hidup mencari kekuatan?
Pernah tak kita terfikir peritnya mereka dalam serba kekurangan?
Pernahkah kita terfikir tabahnya mereka menhadapi ujian?
Sekarang kita hidup senang, goyang kaki, minta itu ini, semua muncul di depan.
Tapi mereka? Hanya mengharap belas dan kasihan.
Hina mereka. Jangan!
Pandang rendah pada mereka? Sungguh, jangan!
Mungkin mereka lebih mulia daripada yang kita sangkakan.
Sebagai hamba Nya. Senantiasalah saling bantu-membantu, sayang-menyayang, wujudkan belas dan kasihan.
Jangan haloba. Semuanya datang daripada Tuhan.
Saturday, 4 April 2015
HARAM MACAM BABI
Waktu kecil dulu, kalau ditanya apa dia makanan halal haram,
"Binatang ternakan yang kena sembelih, halal..."
"Anjing.. Babi.. Arak.. haram"
Ni je yang akan terlintas dalam fikiran kita bila ditanyakan soalan macam ni. Waktu sekolah rendah dulu tu mungkin majoriti daripada kita hanya tahu basicnya saja. Tapi, sebenarnya skop mengenai makanan halal dan haram tu luas.
Makin hari makin banyak pelajari ilmu baru. Jadi kita pon semakin bertambah ilmunya. Soal halal haram dalam Islam, kalau dah besar masih tak dapat bezakan, hmm naudzubillah.
Sebenarnya nak share satu cerita.
Aku ada jual dadih. Ada sekali aku letak dadih tu kat tangga asrama supaya orang yang lalu lalang kat situ tertarik and then dia nak beli. (Ini juga yang dilakukan sama macam students lain yang berniaga)
Alhamdulillah. Awal-awal letak tu, masyuk. But, semakin gelap malam, semakin gelap pulak hati sebilangan manusia ni.
Sedih.
Malam tu 3 botol dadih yang aku jual hilang. Mungkin silapnya kat diri aku juga sebab masih nak letakkan barang niaga kat tangga asrama even dah tahu risikonya.
Kesalnya kat sini, kawasan asrama universiti aku, semua Islam, besar pon dah, baligh apatah lagi. Perlukan tarbiyah tentang halal haram makanan lagi mungkin.
"Sebilangan dorang masih tak tahu halal haram!"
Geram memang geram, waktu tu rasa kalau jumpa rasa nak "sembur" je. Tapi aku cuba postif. But, at the end, when I knew they were really took and not pay my goods,
"Dorang ni tak tahu ke makan hak orang tanpa izin (bayar) sama macam makan babi.!" (Haram hukumnya)
Gangs, hopefully kita bukan golongan orang-orang yang macam ni. Biarlah sikit mana, biarlah tak sedap mana makanan minuman tu, tapi make it sure from sumber yang halal.
Bayangkan, darah yang mengalir dalam badan kita daripada sumber yang haram. Macam mana nak terima redha Allah nanti? Naudzubillah.
Kita bukan lagi budak-budak, buat itu ini tiada dosa pahala, if tak tahu bertanya dan belajar. Itu yang sepatutnya.
Ustaz aku ada kata,
"Orang yang mencuri ni bukan umat Nabi Muhammad SAW, sebab kalau dia mengaku umat baginda, dia tak wat semua ni" (deep)
Thursday, 2 April 2015
HANG INGAT HANG SAJA SORANG BETOI?
Cakap pakai lepas tu biar berasas.
Haih.
Makin hari makin senang nak jumpa orang macam ni, "cakap ikut sedap mulut"
Dan aku selalu jumpa, dalam ruangan komen mana-mana pages di FB.
Zaman sekarang, ramai orang bercakap tanpa fakta yang kukuh. Cakap main lepas je. Bila ada yang bangkang, masing-masing nak pertahankan kebenaran yang dorang ada (even sebenarnya pun dorang tak pasti betul-betul benar).
Kalau dah masing-masing nak betul, siapa yang salah? Hanya fikir diri sendiri je yang betul dan nampak salah orang je.
Ada pula yang jenis mudah sangat percaya kata-kata orang. Macam lalang. Ikut sahaja apa orang kata.
Tak sedar ke bila kita terus macam ni akan jadi fitnah? Jadi pergaduhan? And in the end, perpecahan antara kita berlaku.
Paling sedih bila perkara ni berlaku sesama saudara seislam sendiri. Hanya kerana menegakkan benang yang basah. Bincang elok-elok boleh kan?
"Haha. Apa pasai itu orang suka gaduh sama sendili?"
"Haha. Iya la. Memang haa. Saya juga ada perasan, mereka itu selalu banya gaduh."
*mereka tepuk tangan*
Malulah dengan bangsa-bangsa lain.
P/s : biar aku perbaiki diri dan sesama bangsa aku dulu. Sebab tu dialog kat atas bukan aku buat daripada agama dan bangsa aku sendiri.
Tak pernah ke terfikir?
Tak pernah ke rasa nak berdamai, bincang baik-baik sesama kita?
Tahu-tahu nak melenting je? Pasaipa?
Dan.. pernah tak fikir, "apa yang aku cuba tegakkan ni betul ke tak sebenarnya sampai nak menidakkan kata-kata orang?"
Sedarlah, setiap apa yang kita katakan, setiap apa yang kita sampaikan, if salah, boleh jadi fitnah.
Pernah tak sedar?
Betullah Nabi Muhammad SAW kata, di akhir zaman nanti semakin banyak fitnah tersebar.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Biar berdiam, otak berisi. Jangan banyak cakap, otak kosong!
Sunday, 22 February 2015
Kasih Sayang
Saturday, 21 February 2015
Blue Tick for Quran
Dah solat? Sudah? Alhamdulillah.
Baca Quran?
Hehe emm. Pernah tak baca statement lebih kurang macam ni bunyinya,
"Kalau Quran macam whatsapp, mesti lama nak tunggu ada Blue Tick"
Deep kan? Hmm alhamdulillah. Amalan wajib kita selalu buat. Tapi sayangnya, Quran pula kita jarang baca. Sometimes ada yang kata sibuk, banyak kerja, tak sempat. Ada yang kata, "ala. Sunat je tu". Tapi tak salahkan kalau kita amalkan. Yang sunat tu la yang bantu kita ke syurga nanti.
Buat yang selalu baca, alhamdulillah. Semoga istiqamah. Buat yang jarang baca, jomlah amalkan setiap hari.
Buatlah sikit-sikit, satu hari satu muka pon dah memadai. Buatlah secara konsisten. Amalkan selalu.
Sesungguhnya satu huruf bersamaan sepuluh balasan ganjaran daripada Allah. Bukan satu ayat bukan satu perkataan, tapi satu huruf. untung ke rugi kalau macam ni?
Quran juga boleh buat hati kita tenang. Sebab apa? Sebab daripada Quran la kita ingat kat Allah. Bila kita ingat kat Allah, automatik hati tenang. Contoh kalau kita tengah frust, stress atau apa saja perasa emosi negatif yang timbul, carilah Quran, ia membantu.
You know what, sebabkan Quran la kubur kita boleh cerah. Sebab Quran la jugak boleh bantu kita ke syurga.
Tak percaya? Jom la try amalkan hari-hari. Aku jamin sesiapa saja yang amalkan Quran dengan hati yang ikhlas, In Sya Allah peribadinya, hubungannya, tuturnya, hatinya dan setiap sudut dalam dirinya akan di sukai Allah. Amin.
So, lets Blue Tick (read) our Quran.
Wallahu 'alam.

