Thursday, 2 April 2015

HANG INGAT HANG SAJA SORANG BETOI?

Cakap pakai lepas tu biar berasas.

Haih.

Makin hari makin senang nak jumpa orang macam ni, "cakap ikut sedap mulut"

Dan aku selalu jumpa, dalam ruangan komen mana-mana pages di FB.

Zaman sekarang, ramai orang bercakap tanpa fakta yang kukuh. Cakap main lepas je. Bila ada yang bangkang, masing-masing nak pertahankan kebenaran yang dorang ada (even sebenarnya pun dorang tak pasti betul-betul benar).

Kalau dah masing-masing nak betul, siapa yang salah? Hanya fikir diri sendiri je yang betul dan nampak salah orang je.

Ada pula yang jenis mudah sangat percaya kata-kata orang. Macam lalang. Ikut sahaja apa orang kata.

Tak sedar ke bila kita terus macam ni akan jadi fitnah? Jadi pergaduhan? And in the end, perpecahan antara kita berlaku.

Paling sedih bila perkara ni berlaku sesama saudara seislam sendiri. Hanya kerana menegakkan benang yang basah. Bincang elok-elok boleh kan?


"Haha. Apa pasai itu orang suka gaduh sama sendili?"

"Haha. Iya la. Memang haa. Saya juga ada perasan, mereka itu selalu banya gaduh."

*mereka tepuk tangan*

Malulah dengan bangsa-bangsa lain.

P/s : biar aku perbaiki diri dan sesama bangsa aku dulu. Sebab tu dialog kat atas bukan aku buat daripada agama dan bangsa aku sendiri.

Tak pernah ke terfikir?

Tak pernah ke rasa nak berdamai, bincang baik-baik sesama kita?

Tahu-tahu nak melenting je? Pasaipa?

Dan.. pernah tak fikir, "apa yang aku cuba tegakkan ni betul ke tak sebenarnya sampai nak menidakkan kata-kata orang?"

Sedarlah, setiap apa yang kita katakan, setiap apa yang kita sampaikan, if salah, boleh jadi fitnah.

Pernah tak sedar?

Betullah Nabi Muhammad SAW kata, di akhir zaman nanti semakin banyak fitnah tersebar.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Biar berdiam, otak berisi. Jangan banyak cakap, otak kosong!

Saturday, 28 March 2015

Si Kakak Kelisa Biru

Aku pernah pegang tanggungjawab sebagai salah seorang Majlis Tertinggi untuk program AF 2015. 

*Maaf ya bukan nak riak.

Program ini banyak beri kesan positif pada diri aku. Puncanya tak lain dan tak bukan banyak perkara baru yang aku belajar daripada program ni. 

Nampak cliche kan? Tapi itulah realitinya.

"Maaf, tolong fokus pada tajuk." (konon-konon hati bersuara)

Hehe oke-oke. Sebenarnya point aku kali ni nak cerita tentang seorang akak yang aku baru je kenal. aku kenal pon melalui program ni.

"Tiada program ni, tiadalah akak dalam cerita saya" (hati aku bersuara lagi)

Si Kakak Kelisa Biru. Siapa ya?

Mula sekali aku kenal waktu jaga kaunter jualan tiket.

Pendiam orngnya. Ini first perception. Dah kenal, rasa menyesal pulak anggap dia macam tu. Cis!

*Actually, dia friendly.

Sepanjang jalankan tugas dalam AF 2015, aku nampak sesuatu yang menrik tentang dia.

Apa yang menarik?

Dia student, dia juga peniaga,

Even dia student (Bachelor in Accounting last year student), dia ada satu semangat darah keusahawan yang buat aku sendiri tertarik. Memang nampak semangatnya dalam berniaga. Walau apa pun, dia masih kekalkan komitmentnya as student.

“Sekarang saya berada di tahun akhir bagi Ijazah Perakaunan, jadi peluang yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk mempelajari asas perniagaan, sekali gus turut menjadi latihan terbaik untuk diri. Justeru, saya berharap pengalaman sedikit yang diperoleh ini mampu menjadi sandaran buat saya untuk bergelar usahawan sebenar sebaik tamat pengajian di sini (Unisza) nanti,” Hasil wawancara antara Si Kakak Kelisa Biru dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Jadi, apa yang datang daripada diri Si Kakak Kelisa Biru ni telah suntik semangat aku, semangat dalam perniagaan. Secara tak langsung aku menjadikannya antara contoh dalam diri aku sebagai motivasi ke arah yang lebih berjaya. Paling penting sekali, motivasi untuk aku terus kejar cita-cita sebagai seorang usahawan berjaya.

"i will get what i want. It doesnt matter how long it will takes. I will work for it. Until i get it."

Prinsip Si Kakak Kelisa Biru



AF 2015 stand for Accounting Festival 2015

Wednesday, 25 March 2015

Aku Suka Model


Aku bukan seorang yang baik. Terkadang silap juga tingkahnya. Tetapi, ini suara hati ku,

"Alangkah indahnya hidup bila dikejar sang hawa yang solehah malah segak berfesyen. Lagi indah bila dia seorang model...

...Model agama dalam berpakaian menjadi contoh buat muslimah lain.
1. Bertudung labuh menutup dada.
2. Ber'handsock' menutup lengan
3. Berstokin tebal menutup kaki
4. Berpakai labuh menjauh nafsu

Indah bukan. Lebih indah lagi jika orang-orang yang aku sayang semuanya berfesyen begini."

Lagi bagus sekiranya ikhlas kerana Allah dan konsisten dengan fashion ini. Baru sayang lebih. 


Friday, 20 March 2015

Bergurau

Sometimes blogging;

Tak perlu nak karang ayat panjang-panjang

Tak perlu nak letak cerita best sangat

Tak perlu nak ayat havoc sangat

Macam ni pon dah cukup.

Asalkan update post dalam blog, itu sudah dipanggil blogging. Muehehe.

Sorry buang masa awak. Saya saja nak bergurau. Paling penting sekali, terima kasih sebab luang masa layan blog saya. Moga hidup kita sama-sama diberkati Allah. Amin.

Nak Dengki dengan Nyamuk

Antara perkara yang aku rasa geram, annoying, rasa macam,

"Grrrrrr....!!!"

bila nyamuk datang terbang sekililing kawasan kepala aku dengan bunyinya tersendiri,

"Nggggeeeeeeeee............."

Menyakitkan hati. Huh!

So, secara tak langsung dan tak berfikir panjangnya terdetik dalam hati,

"Nak isap darah aku, isap je la. Tayah nak wat bising."

dan aku pelik, kenapa aku rela amik risiko kena denggi waktu tu? heh!

Baru je beberapa hari lepas, aku dapat fakta pasal perkara ni dan baru aku tahu apa puncanya nyamuk ni buat "latihan percubaan penerbangan" kat kawasan kepala aku.

Rupa-rupanya,

Fakta daripada Rick Pollack, ahli serangga daripada Amerika bagi tahu sebab kenapa nyamuk suka terbang di kawasan rambut manusia:

Beginnnii jalaan cheritannyyiaa!
(*nada watak Bomoh dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah)

Sebenarnya nyamuk tu tertarik dengan gas Karbondioksida yang kita hasilkan. Biasanya nyamuk betina punya kerja wat benda pelik ni.

Peliknya, aku dapat tahu, nyamuk ni tadak pasang niat pon  nak sedut darah kita. Lagi-lagi bila ada nyamuk jantan yang ikut, tu semata-mata nyamuk-nyamuk tu nak cari port "kawen" kat kawasan kepala kita.

So, kalau-kalau ada nampak nyamuk berkerumun atas kepala orang tu, hmm faham-faham je la. Awak semua dah besar.

Tapikan.

Kurang ajar kau nyamuk! Rupanya selama ni kau nak jadikan kepala aku sarang maksiat!

Jadi aku dengki.

Semenjak tu, bila ada nyamuk terbang sekeliling kepala aku. Aku cuba tahan nafas. Sampailah nyamuk tu pergi. Tak bernafas langsung! Tanak keluarkan karbondioksida. Biar nyamuk-nyamuk tu hampa. So, cara yang lebih baik lagi aku nak dengki. Aku amik baldi, aku tadah air, then aku rendam kepala aku dalam air. Lama gak la. haha! Nyamuk tu tak dapat "kawen".

Oke, yang ni aku tipu. Hang caya, hang bendul.

Siapa-siapa tak tahu macam mana nyamuk ni ha dia. Tapi jap, kenapa nyamuk ni macam pakai.... hmmm. Mungkin nyamuk baik. Elak virus denggi. Nak jaga status elak daripada dianggap salah satu punca kematian (sangka baik). Oit! Jangan fikir bukan-bukan then nak salahkan aku ea.
Sumber Gambar : Mr Google



P/s: Selain kepala kita, antara port lainnya kawasan pokok yang juga wujud Karbondioksda disekelilingnya.