Thursday, 21 January 2016
Bukan Angan-angan Kosong
Tapi apa pun yang jadi, minat tu masih kekal sampai sekarang. Sebab nak tebus B+ untuk BM aku, aku pon pernah pasang niat nak kadi penulis. Cuma tu la, masa yang cemburu lebih. Ceh!
Pernah juga berangan nak masuk pertandingan menulis dan menang tempat pertama. Kebetulan, a few weeks before, PERSIS ada anjurkan pertandingan menulis. Tak sangka, angan-angan jadi kenyataan. Alhamdulillah, apa yang diangankan itu, bukanlah kosong. Tu yang excited ni. Hoho.
Sebenarnya bukan nak menunjuk dengan kejayaan ni, cuma nak kongsi cerita je.
Berangan tu tak salah pon, tapi jangan berangan mat jenin sudahlah.
Once you dreamt, make it sure you try to achieve it. Waktu tu kau akan rasa nikmatnya, walaupun kecil.
Tuesday, 5 January 2016
Nilai Sejagat
Pernah tak kita terfikir lelahnya mereka dalam hidup mencari kekuatan?
Pernah tak kita terfikir peritnya mereka dalam serba kekurangan?
Pernahkah kita terfikir tabahnya mereka menhadapi ujian?
Sekarang kita hidup senang, goyang kaki, minta itu ini, semua muncul di depan.
Tapi mereka? Hanya mengharap belas dan kasihan.
Hina mereka. Jangan!
Pandang rendah pada mereka? Sungguh, jangan!
Mungkin mereka lebih mulia daripada yang kita sangkakan.
Sebagai hamba Nya. Senantiasalah saling bantu-membantu, sayang-menyayang, wujudkan belas dan kasihan.
Jangan haloba. Semuanya datang daripada Tuhan.
Tips Cari Pasangan Hidup
Bab nikah & cari pasangan ni banyak yang kita kena tahu. Kena pandai nilai. Tak semestinya cantik tu rajin. Tak semestinya manja tu malas. Sebab tu kena nilai betul-betul.
Sekali kita pilih, bertahun-tahun kita kena hadap orang yang sama. Sebab tu la kena pilih dan nilai betul-betul. Sebab hidup kita ngan pasangan bukan sehari dua. Tapi selamanya. Jangan nanti dah berumah tangga, ada je masalah yang timbul. Dah jadi satu kerja bercerai berai apa semua. Jauhkanlah.
1. Kenalah banyak berdoa supaya dapat pasangan yang baik. Buat istikharah & solat2 sunat lain juga. Contoh hajat dan dhuha. Amalan lain pon jangan tinggal. Sebab pasangan kita itu cerminan diri kita. In sya allah dikurniakan rezeki pasangan yang baik macam kita harap.
2. Pilih yang jaga solat, jaga aurat, pandai jaga hati ibu ayahnya. In sya allah kalau itu dia mampu jaga, bab yang lain pon dia oke. Apatah lagi dalam berumah tangga.
3. Wak tu nak nilai tu, nilai daripada setiap sudut. Jangan baru jumpa terus nak. Pastikan setiap sudut peribadinya "sedap mata memandang". Memang semua orang tak perfect. Jangan terlalu memilih. Ini pon payah jugak. Takut dikejar tak dapat, yg dikendong berkwciciran.
4. Kalau boleh biarlah calon pasangan tu orangnya mudah dilentur. Senang terima nasihat. Takdela sikit sikit nak berasa hati. Payah nanti.
5. Kata orang, biarlah campak kat mana, boleh hidup. Waktu senang, sama-sama senang. Waktu susah, sama-sama susah. Tadela nanti bila kita senang, disanjung-sanjungnya kita, bila susah, disisihnya kita. Uish janganlah macam ni. Terseksa jiwa raga.
6. Saling memahami dan bertoleransi. Benda ni penting juga. Setiap masalah boleh selesai ngan mudah. Apatah lagi masalah kecil, lagilah mudah. Kematangan tu perlu ada.
7. Sebagai lelaki kena pimpin baik-baik isteri. Sebgai perempuan selalu kena beringat dan saling berpesan dengan suami.
8. Pilih yang sederhana. Kalau ada rupa takut jadi rebutan. Kalau kaya takut mewah sangat, semua nak senang sangat. Tapi kalau dapat macam ni, satu bonuslah. Huhu. Yang penting, peribadi tu yang kena lawa, kena mewah.
9. Bila dah berumah tangga kena matang selesaikan masalah. Jangan ego. Sama-sama bincang bukan bertendang.
10. Bab kewangan ni paling penting dengan ekonomi semasa sekarang ni, barang semua naik, itu ini naik, jadi kena pandai menguruskan kewangan peribadi dan keluarga.
Ini antara 10 yang rasanya terpenting. Apa apa pon rezeki semua atas ketentuan Nya. Terimalah seadanya. Tak kisahlah siapa bakal jodoh kita, yang penting kita kena ubah diri kita dulu sebelum kita nakkan yang terbaik. In sya allah proses ke arah kebahagiaan itu lebih lagi mudah. [色] waallahu a'lam.
Friday, 10 April 2015
AKU NAK JADI BATMAN!
Saturday, 4 April 2015
HARAM MACAM BABI
Waktu kecil dulu, kalau ditanya apa dia makanan halal haram,
"Binatang ternakan yang kena sembelih, halal..."
"Anjing.. Babi.. Arak.. haram"
Ni je yang akan terlintas dalam fikiran kita bila ditanyakan soalan macam ni. Waktu sekolah rendah dulu tu mungkin majoriti daripada kita hanya tahu basicnya saja. Tapi, sebenarnya skop mengenai makanan halal dan haram tu luas.
Makin hari makin banyak pelajari ilmu baru. Jadi kita pon semakin bertambah ilmunya. Soal halal haram dalam Islam, kalau dah besar masih tak dapat bezakan, hmm naudzubillah.
Sebenarnya nak share satu cerita.
Aku ada jual dadih. Ada sekali aku letak dadih tu kat tangga asrama supaya orang yang lalu lalang kat situ tertarik and then dia nak beli. (Ini juga yang dilakukan sama macam students lain yang berniaga)
Alhamdulillah. Awal-awal letak tu, masyuk. But, semakin gelap malam, semakin gelap pulak hati sebilangan manusia ni.
Sedih.
Malam tu 3 botol dadih yang aku jual hilang. Mungkin silapnya kat diri aku juga sebab masih nak letakkan barang niaga kat tangga asrama even dah tahu risikonya.
Kesalnya kat sini, kawasan asrama universiti aku, semua Islam, besar pon dah, baligh apatah lagi. Perlukan tarbiyah tentang halal haram makanan lagi mungkin.
"Sebilangan dorang masih tak tahu halal haram!"
Geram memang geram, waktu tu rasa kalau jumpa rasa nak "sembur" je. Tapi aku cuba postif. But, at the end, when I knew they were really took and not pay my goods,
"Dorang ni tak tahu ke makan hak orang tanpa izin (bayar) sama macam makan babi.!" (Haram hukumnya)
Gangs, hopefully kita bukan golongan orang-orang yang macam ni. Biarlah sikit mana, biarlah tak sedap mana makanan minuman tu, tapi make it sure from sumber yang halal.
Bayangkan, darah yang mengalir dalam badan kita daripada sumber yang haram. Macam mana nak terima redha Allah nanti? Naudzubillah.
Kita bukan lagi budak-budak, buat itu ini tiada dosa pahala, if tak tahu bertanya dan belajar. Itu yang sepatutnya.
Ustaz aku ada kata,
"Orang yang mencuri ni bukan umat Nabi Muhammad SAW, sebab kalau dia mengaku umat baginda, dia tak wat semua ni" (deep)